Pages

Wednesday 11 January 2017

UMRAH - Part 3 (Berada di Raudhah)

sambungan dari entri sebelum ni

Day-1 di Masjid Nabawi
Subuh di Madinah pukul 5.47pagi
1st time solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi rasa macam excited
dan rasa macam tak sangka dah ade kat sana
saat keluar dari hotel je dah terasa sejuk sampai ke tulang
jadi pastikan pakai sweater siap-siap
uncang sandal sejadah mini pun kena bawak

alhamdulillah keluar dari pintu di bahagian belakang hotel dan tersergam indah Masjid Nabawi
Subhanallah. terpegun seketika bila wani mula nak masuk gate Masjid Nabawi
Masjid Nabawi ade banyak gate tapi tak sekeliru gate di Mekah sana
wani masuk gate 16 sebab dekat dengan hotel
dah masuk tu akan nampak para cleaner berada di satu-satu tempat dan berhenti melaksanakan tugas 
sebab nak bagi laluan orang lain yang masuk ke masjid
dah masuk tu jugak akan nampak tempat air zamzam
jadi amik la peluang setiap kali masuk minum air zamzam
dan jangan lupa berdoa setiap kali minum

Rasulullah SAW  bersabda, “Sebaik-baik air di muka bumi ini adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan obat yang menyembuhkan.” (HR Thabrani dan Ibnu Hibban).

Diriwayatkan, Umar bin Khattab ra. sewaktu meminum air zamzam, senantiasa mengucapkan doa, “Ya Allah, aku minum air zamzam untuk menghilangkan rasa haus pada hari kiamat.”

1st day solat Subuh di perkarangan luar Masjid Nabawi
solat Subuh dekat masjid ni imam tak baca doa qunut
wani pun ikut jela tapi tetap baca doa walaupun tak menadah tangan
dan bacaan surah setiap rakaat memang lama
dan baru wani tahu dekat masjid akan dilaksanakan solat jenazah setiap kali habis solat 5 waktu
wani sendiri terpinga-pinga sebab lupa bacaan setiap kali takbir dalam solat jenazah
jadi memang perlu buat revision balik
tapi wani terus tanya ayah
sebab ayah dah banyak kali pegi umrah
tapi tula ayah sendiri pun terlupa nak bagitau pasal ni

Raudhah
jam lebih kurang 9 pagi kami yang jemaah perempuan dibawa oleh mutawiffah untuk ke Raudhah
bila cakap pasal Raudhah, wani memang dah lama bercita-cita nak masuk Raudhah
yang dikatakan Taman Syurga oleh Rasulullah SAW
siapa yang nak lepaskan peluang ni kan
nak masuk sini ikut gate 25 untuk wanita
dan simpan kasut di rak-rak yang disediakan
di pintu masuk Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan dan boleh juga di tepi tiang-tiang kecil
pastikan jangan lupa letak dekat mana kasut ok (:
masuk je akan nampak tempat air zamzam
amikla peluang ni untuk minum jugak
uztazah yang bawak kami ni dari Indonesia
sambil jalan tu uztazah bercerita tentang sejarah di masjid ni
nak masuk ke Raudhah ikut laluan yang mana akan melalui ruang-ruang solat
sampai lah satu kawasan ni di mana ada polis-polis masjid wanita
di sini la dyorang akan membahagikan jemaah-jemaah ikut negara
kami diberhentikan di kawasan tak jauh dari situ
sebab ramai yang turut menunggu
jadi sebelum sampai giliran untuk ke depan tu 
amikla peluang ni untuk solat sunat 2 rakaat
 boleh solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha, solat sunat taubat
dan mengaji juga
dan jangan lupa buka buku panduan dan baca setiap doa dan amalan di Madinah

Nampak kubah hijau tu? bawah tu la terletaknya makam Rasulullah SAW di dalam kawasan Raudhah

alhamdulillah tak lama tu kami jemaah wanita dipanggil ke depan
dan dikumpulkan sekali dengan warganegara Indonesia
suasana waktu tu riuh rendah sebab ade sebilangan jemaah dari negara luar
cuba untuk melepasi kawasan polis-polis wanita walaupun belum masa untuk berbuat sedemikian
berada dalam serumpun warganegara Indonesia itu sedikit sebanyak
dapat memahami keadaan sekeliling

yang waktu tu dah lama tersemat dalam benak fikiran wani
yang mana bila baca pengalaman mereke mereka yang terdahulu
perlu kuatkan hati dan bertenang
sebab bila di Raudhah nanti
akan ade yang berebut bersesak sesak untuk menunaikan solat di situ
jadi apa yang wani pikir, wani kena pegang mak dan adik-adik wani
dan jangan bagi terlepas 

sebenarnya dah lepas dari polis wanita tu belum sampai lagi ke Raudhah
memasuki Raudhah bila mana kaki kita menginjak masuk ke karpet hijau
jadi selagi kita berada di karpet merah, itu belum lagi kawasan Raudhah
walaubagaimanapun, jangan lepas untuk berdoa semoga dipermudahkan
bila sampai masa kami untuk memasuki Raudhah
kami cuba mendekatkan diri selagi boleh dengan ustazah
semua waktu tu pakat berpusu-pusu masuk
dah mula bersesak dan berebut tempat untuk solat
kita yang masuk ni akan bersesak dengan yang nak keluar
jadi memang sampai kita sendiri tertarik-tarik
dah masuk karpet hijau tu even kita tak dapat nak cari tempat untuk solat
teruskan berdoa moga dilapangkan ruang untuk bersolat
di Raudhah la dikatakan doa yang dipohon dimakbulkan Allah SWT
jadi berdoa la semahu mahunya

Allahu menitis air mata sebak sambil berdoa
dalam masa yang sama wani menarik mak adik adik cuba untuk pergi ke saf paling depan
wani jumpa satu ruang kecil dan terus bagi mak menunaikan solat
dan sambil sambil tu wani cuba menjaga mak supaya orang tak langkah mak
Alhamdulillah wani adik adik pun dapat sekali solat
seusai solat, kami terus keluar 
masa itu rasa sangat bersyukur
Allah permudahkan kami
Alhamdulillah 

Dengan mak dan adik selepas keluar Raudhah

untuk makluman waktu Raudhah wanita boleh masuk
selepas subuh dan selepas pukul 9 malam
manakala bagi lelaki boleh masuk bila bila masa
jadi cuba lah cari peluang untuk masuk ke Raudhah ikut kesenangan semua

tenangkan hati dan banyakkan berdoa
InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan

Bergambar depan pintu masuk ke Raudhah

sambungan... UMRAH - Part 4 (Hari-Hari di Madinah)









No comments:

Post a Comment