Pages

Wednesday 11 January 2017

UMRAH - Part 3 (Berada di Raudhah)

sambungan dari entri sebelum ni

Day-1 di Masjid Nabawi
Subuh di Madinah pukul 5.47pagi
1st time solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi rasa macam excited
dan rasa macam tak sangka dah ade kat sana
saat keluar dari hotel je dah terasa sejuk sampai ke tulang
jadi pastikan pakai sweater siap-siap
uncang sandal sejadah mini pun kena bawak

alhamdulillah keluar dari pintu di bahagian belakang hotel dan tersergam indah Masjid Nabawi
Subhanallah. terpegun seketika bila wani mula nak masuk gate Masjid Nabawi
Masjid Nabawi ade banyak gate tapi tak sekeliru gate di Mekah sana
wani masuk gate 16 sebab dekat dengan hotel
dah masuk tu akan nampak para cleaner berada di satu-satu tempat dan berhenti melaksanakan tugas 
sebab nak bagi laluan orang lain yang masuk ke masjid
dah masuk tu jugak akan nampak tempat air zamzam
jadi amik la peluang setiap kali masuk minum air zamzam
dan jangan lupa berdoa setiap kali minum

Rasulullah SAW  bersabda, “Sebaik-baik air di muka bumi ini adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan obat yang menyembuhkan.” (HR Thabrani dan Ibnu Hibban).

Diriwayatkan, Umar bin Khattab ra. sewaktu meminum air zamzam, senantiasa mengucapkan doa, “Ya Allah, aku minum air zamzam untuk menghilangkan rasa haus pada hari kiamat.”

1st day solat Subuh di perkarangan luar Masjid Nabawi
solat Subuh dekat masjid ni imam tak baca doa qunut
wani pun ikut jela tapi tetap baca doa walaupun tak menadah tangan
dan bacaan surah setiap rakaat memang lama
dan baru wani tahu dekat masjid akan dilaksanakan solat jenazah setiap kali habis solat 5 waktu
wani sendiri terpinga-pinga sebab lupa bacaan setiap kali takbir dalam solat jenazah
jadi memang perlu buat revision balik
tapi wani terus tanya ayah
sebab ayah dah banyak kali pegi umrah
tapi tula ayah sendiri pun terlupa nak bagitau pasal ni

Raudhah
jam lebih kurang 9 pagi kami yang jemaah perempuan dibawa oleh mutawiffah untuk ke Raudhah
bila cakap pasal Raudhah, wani memang dah lama bercita-cita nak masuk Raudhah
yang dikatakan Taman Syurga oleh Rasulullah SAW
siapa yang nak lepaskan peluang ni kan
nak masuk sini ikut gate 25 untuk wanita
dan simpan kasut di rak-rak yang disediakan
di pintu masuk Ali bin Abi Talib, Usman bin Affan dan boleh juga di tepi tiang-tiang kecil
pastikan jangan lupa letak dekat mana kasut ok (:
masuk je akan nampak tempat air zamzam
amikla peluang ni untuk minum jugak
uztazah yang bawak kami ni dari Indonesia
sambil jalan tu uztazah bercerita tentang sejarah di masjid ni
nak masuk ke Raudhah ikut laluan yang mana akan melalui ruang-ruang solat
sampai lah satu kawasan ni di mana ada polis-polis masjid wanita
di sini la dyorang akan membahagikan jemaah-jemaah ikut negara
kami diberhentikan di kawasan tak jauh dari situ
sebab ramai yang turut menunggu
jadi sebelum sampai giliran untuk ke depan tu 
amikla peluang ni untuk solat sunat 2 rakaat
 boleh solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha, solat sunat taubat
dan mengaji juga
dan jangan lupa buka buku panduan dan baca setiap doa dan amalan di Madinah

Nampak kubah hijau tu? bawah tu la terletaknya makam Rasulullah SAW di dalam kawasan Raudhah

alhamdulillah tak lama tu kami jemaah wanita dipanggil ke depan
dan dikumpulkan sekali dengan warganegara Indonesia
suasana waktu tu riuh rendah sebab ade sebilangan jemaah dari negara luar
cuba untuk melepasi kawasan polis-polis wanita walaupun belum masa untuk berbuat sedemikian
berada dalam serumpun warganegara Indonesia itu sedikit sebanyak
dapat memahami keadaan sekeliling

yang waktu tu dah lama tersemat dalam benak fikiran wani
yang mana bila baca pengalaman mereke mereka yang terdahulu
perlu kuatkan hati dan bertenang
sebab bila di Raudhah nanti
akan ade yang berebut bersesak sesak untuk menunaikan solat di situ
jadi apa yang wani pikir, wani kena pegang mak dan adik-adik wani
dan jangan bagi terlepas 

sebenarnya dah lepas dari polis wanita tu belum sampai lagi ke Raudhah
memasuki Raudhah bila mana kaki kita menginjak masuk ke karpet hijau
jadi selagi kita berada di karpet merah, itu belum lagi kawasan Raudhah
walaubagaimanapun, jangan lepas untuk berdoa semoga dipermudahkan
bila sampai masa kami untuk memasuki Raudhah
kami cuba mendekatkan diri selagi boleh dengan ustazah
semua waktu tu pakat berpusu-pusu masuk
dah mula bersesak dan berebut tempat untuk solat
kita yang masuk ni akan bersesak dengan yang nak keluar
jadi memang sampai kita sendiri tertarik-tarik
dah masuk karpet hijau tu even kita tak dapat nak cari tempat untuk solat
teruskan berdoa moga dilapangkan ruang untuk bersolat
di Raudhah la dikatakan doa yang dipohon dimakbulkan Allah SWT
jadi berdoa la semahu mahunya

Allahu menitis air mata sebak sambil berdoa
dalam masa yang sama wani menarik mak adik adik cuba untuk pergi ke saf paling depan
wani jumpa satu ruang kecil dan terus bagi mak menunaikan solat
dan sambil sambil tu wani cuba menjaga mak supaya orang tak langkah mak
Alhamdulillah wani adik adik pun dapat sekali solat
seusai solat, kami terus keluar 
masa itu rasa sangat bersyukur
Allah permudahkan kami
Alhamdulillah 

Dengan mak dan adik selepas keluar Raudhah

untuk makluman waktu Raudhah wanita boleh masuk
selepas subuh dan selepas pukul 9 malam
manakala bagi lelaki boleh masuk bila bila masa
jadi cuba lah cari peluang untuk masuk ke Raudhah ikut kesenangan semua

tenangkan hati dan banyakkan berdoa
InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan

Bergambar depan pintu masuk ke Raudhah

sambungan... UMRAH - Part 4 (Hari-Hari di Madinah)









CONTINUE READING

UMRAH - Part 2 (Tiba di Madinah)

sambungan dari entri sebelum ni

8 jam penerbangan dari KLIA ke Madinah
kami turun di Prince Mohammad bin Abdulaziz International Airport
Sampai Madinah malam dalam pukul 7 waktu sana
beza waktu dengan Malaysia ni lebih kurang 5 jam
kalau dekat sini pukul 7 malam dekat Madinah pukul 2 petang
cuaca dekat Madinah tak salah wani dalam 16°C waktu tu
sangat sejuk even pakai sweater pun terasa


saat turun dari kapal terbang, sejuk terasa sampai ke tulang
sampai je kami dibawa naik bas untuk ke balai ketibaan
di situ kena tunggu imigresen
nak tunggu giliran tu lambat sikit
bukan apa cuma yang bekerjanye sedikit 
dan dyorang memang bekerja sambil bercakap bercerita
itu yang melambatkan proses imigresen
bila cakap pasal imigresen, dyorang akan semak visa
dan scan fingerprint kita.
yang untuk anak-anak, sepuluh sepuluh jari dyorang scan
yang parents cuma 8 jari je
yang perempuan maybe ade yang terkejut sikit sebab dyorang pegang tangan kita untuk scan
  Lepas imigresen, kami ambik bagasi dan naik bas mengikut nombor,
dan dalam bas akan ade seorang tour guide. Kebanyakan mereka semua dari Indonesia. Dan mereka semuanya peramah. Bas yang wani naik dipertanggungjawabkan kepada Ustaz Fesal (Faisal). 
Dan dari airport ke hotel di Madinah cuma ambik masa dalam 15 minit. 

Alhamdulillah hotel wani di Madinah iaitu Hotel Movenpick tersangatlah dekat dengan Masjid Nabawi cuma beberapa langkah berjalan kaki.
 sampai hotel kami dijamu dengan makanan dan hidangan yang mewah. Kesemua makanan mengikut selera Asia. Jadi tak perlu risau tentang makanan. Wani macam rambang mata nak pilih makanan.
sebab semua jenis makanan ada. 
ade pelbagai jenis roti, jem
pelbagai jenis desert, salad
pelbagai jenis lauk
dan macam-macam lagi
*terliur pulak wani bila bercerita ni ingat balik makanan sana. hihi

naik bilik kami solat jamak takhir Maghrib Isyak
even tak dapat bilik mengadap Masjid Nabawi
dapat tinggal dekat hotel yang dekat dengan Masjid Nabawi dah cukup bersyukur
Malam tu tido dalam pukul 9 malam. awal kn hee

bersambung... UMRAH - Part 3 (Berada di Raudhah)





CONTINUE READING

UMRAH – Part 1 (Preparation)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan kurniaNya wani bersama-sama family wani dijemput untuk menunaikan umrah tahun lepas. Siapa sangka yang dulu cuma hanya berkirim berdoa, yang mana hati terlalu menginginkan, hati yang terlalu rasa hendak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Allah SWT, 
akhirnya dikurniakan rezeki untuk ke sana. Dan siapa tak bersyukur dapat pergi satu family. 

Wani pegi ikut pakej yang disediakan oleh Tabung Haji. Sorang dalam RM6798 ambik pakej Fairuz. Sebenarnya banyak pakej selain Fairuz termasuk la Aqiq, Nilam, Rubi dan Topaz. Tak silap wani dalam sebulan tu dah kena bayar deposit dalam RM1000. Wani pegi 9 hingga 20/12. So sebulan dari tarikh tu ada kursus Umrah dan masa tu jugak wani ambik meningitis injection, bayar dalam RM130. Injection ni wajib kalau nak gi umrah takpun haji. sebab kalau tak, tak diluluskan visa.

 Waktu kursus ni jgak passport, gambar kena serahkan dan segala dokumen yang disahkan juga kena serahkan. Bagi orang yang dah berkahwin, perlu cop pengesahan sijil nikah. Untuk anak-anak, perlu pengesahan surat beranak. Yang ni kena pegi JPN. Bawak original dan salinan sekali. Yang waktu wani, adik-adik lelaki bawah 18 tahun kena buat pengesahan. Yang perempuan tak perlu. 

Cerita pasal barang-barang, dari awal lagi dah cari sikit-sikit . Wani dan family first time pegi, so barang tu pakat semua nak beli. Hee

Ni diantara barang-barang yang diperlukan.

Barang-barang keperluan Umrah (bagi perempuan)
  • Telekung mini – 2 pasang, kain tak perlu bawak (1 dah disediakan pihak travel)
  • Tudung / shawl – ikut suka (yang ni wani bawak tudung yang main sarung tu, yang sekali dgn dagu)
  • Jubah – 3@4
  • Jubah tak perlu banyak pun. Sebab kat madinah banyak kedai-kedai jubah murah, and jangan risau kat sana diaorang pandai speaking Malay. Hee jadi kena pandai tawar-menawar. Paling murah kat sana kalau pandai cari dalam 4 jubah 100SR. wani pegi memang rambang mata, tapi sedih sebab saiz wani even S pun nampak besar dengan wani. Maklum la wani ni petite orangnye. J
  • Sandal
  • Sarung sandal
  • Stoking tebal
  • Stoking tawaf
  • handsock
  • Seluar panjang
  • Tuala – ada sesetengah hotel tak sedia, tapi better prepare je
  • Pad/ pantiliner 
  • Ubat-ubatan – beli siap-siap kat sini, sebab bila kat sana ubat mahal sikit.
  • Ubat perancang - yang ni kalau nak tahan haid, cara nak makan better refer dekat doktor, wani tak makan pun sebab takut. hee
  • Krim pelembap – dekat sana boleh rasa kulit kering, jadi sediakan pelembap awal-awal
  • Iron – yang ni ikut pengalaman wani duk hotel, ade yang tak sediakan, jadi jubah dgn tudung tu memang keluar berkedut je. Hee
  • Buku panduan umrah – dah disediakan pihak travel
  • Spray wuduk - penting
  • Padlock kecil - untuk kunci bag
  • Reben - ikat di setiap beg, nak bezakan dengan beg jemaah lain 
  • *bagi lelaki kena bawak kain ihram. kain ni pihak travel ade sediakan.

Nak dekat dengan tarikh nak pergi, kena siap mental fizikal. Ade masa sikit ulangkaji pasal umrah. Wani pun ikut kursus 1 hari tu pun macam rasa tak lengkap, jadi revision tu perlu. Yang penting kena tahu rukun umrah. Tahu larangan time berihram dan banyak lagi.

Hari nak pergi, bangun pagi nak mandi tu jangan lupa niat mandi musafir. Sebab kita kan nak berjalan jauh. Dan juga tunaikan solat sunat musafir 2 rakaat. 

Di KLIA nanti semua berkumpul depan kiosk TH. Setiap bag akan diberi tag. Beg kecil penting untuk kita letak passport dan segala keperluan. Dan sebelum berangkat kita akan dapat tag nama masing-masing. Jadi kena sentiasa pakai. dan dapat Boarding Pass.

satu family (:

sebelum berangkat kami solat jamak Taqdim Zohor Asar 
lebih kurang pukul 3.15petang baru kami bertolak
untuk pakej yang disediakan oleh TH, 
kami semua dapat menaiki Saudi Arabian Airlines @ Saudia Airlines
perjalanan dari KUL - MADINAH ambik masa dalam 8 jam
waktu ni cuma berharap selamat sampai je. 

yang tengah besar tu kapal terbang Saudia Airlines




CONTINUE READING