Saturday, 11 June 2016
Video student 4th Year Optometri UiTM 2016
Friday, 10 June 2016
Kronologi Student Optometri
Assalamualaikum
September 2012
wani first time jejak kaki di UiTM Puncak Alam
siapa sangka dari science stream wani pikir wani boleh further study
dalam kimia gunaan tak pun matematik
tapi sebenarnya rezeki wani lebih kepada Optometri
pada mulanya wani zero knowledge pasal Optometri
wani jadi tak yakin untuk pergi jauh dengan Optometri ni
sampaikan naik pejabat dekan
jumpa face-to-face dengan dekan masa tu
satu pesan dekan sampai sekarang wani ingat
"cuba dulu, mana tahu nanti suka"
Jun 2016 - sekarang
tak sampai beberapa bulan lagi
nak sama dengan 4 tahun
wani study Optometri
4 tahun dulu bagi wani lama
tapi sekarang hanya tunggu
beberapa minggu lagi nak habis
wani akui banyak kepayahan nak sampai ke harini
dengan studynya yang banyak tak paham
dari sem 1st sampi sem ke 8 ni
dalam kuliah
wani dah belajar teori Optics
belajar anatomy mata
belajar dispens (potong) cermin mata
belajar cara guna segala jenis instrument optometri
belajar segala jenis ubat mata
belajar segala ocular diseases
belajar bentangkan case berkenaan mata
time clinical year
wani belajar cari real patient
belajar training diri dalam klinik mata
belajar check kesihatan mata dengan real patient
belajar consult real patient
posting di beberapa buah hospital
belajar dengan Opthalmologist
masuk bilik OT (operation theater)
tengok doktor buat surgery mata
masuk bilik OT (operation theater)
tengok doktor buat surgery mata
belajar dengan Optometrist dekat hospital
industrial training (optical shop)
belajar pasal produk pasal company
belajar nak deal dengan customer
belajar dispens cermin mata customer
belajar serba sedikit ilmu business
dari dulu sampai sekarang
wani banyak sangat dapat ilmu
banyak sangat dapat pengalaman
wani terpikir kenapa Allah SWT pilih jalan ni untuk wani
sekarang ni wani tau sebab apa
sebab Allah SWT tahu
apa yang hati wani nak
apa yang wani cari dulu
dan sekarang wani dah jumpa hala tuju wani
insya-Allah.
wani akan berusaha untuk jadi next vision specialist.
ataupun bakal Optometrist.
;)
;)
p/s: doakan wani boleh buat sebaik mungkin
dalam Clinical xm, viva dengan OSCE tak lama lagi (:
Tuesday, 7 June 2016
Hobi - hand lettering/ brush lettering
wani baru discover satu hobi
kalau perasan kebanyakan entri dalam ni
wani sekalikan dengan gambar
gambar2 tu semuanye handwritten
wani jadi minat dalam handlettering/brushlettering
jadi wani cuba belajar
kebanyakan wani tulis pakai sharpie je
buat ni pun kena banyak practice
wani google handlettering/brushlettering
wani cari fonts cari alphabets
wani ikut satu satu
teringin nak belajar advance lagi
dengan pakai brush n cuba lukis floral
practice practice ;) |
p/s: wani terpikir nak jadikan hobi wani ni side income
yang wani boleh tulis atas buku nota, atas mug, atas kanvas
insya-Allah satu hari nanti.
antara yang wani cuba buat, tulis atas mug (: |
Monday, 6 June 2016
mukadimah
wani suka berkarya
itu yang tulis macam berpuitis
wani tulis sebab wani suka
kadang wani dapat inspirasi dari mereka yg hebat
kadang tulisan tu semua dari dalam hati wani
tak de kena mengena dengan orang lain
kalau sedikit sebanyak
secara langsung atau tak
penulisan wani ni buat orang lain tersinggung perasaan
atau menganggu sensitiviti orang
sori, wani minta maaf
wani sekadar nak berkongsi
meluahkan kata hati wani
dalam berkarya.
#katahati4
Kebahagiaan itu
syurga dunia
Jika kita hidup
dengan mencari keberkatan dan redha dariNya
Tapi kebahagian itu
boleh berubah neraka dunia
Jika kita tersasar
jauh dari jalanNya.
Sunday, 5 June 2016
#inspirasi2
Di saat awal kita
rasa terpaksa
Tapi bila mana yang
terpaksa itu kita jadikan pengulangan
Kita bentuk satu
habit
Kita bentuk satu
sikap
Dan secara tidak
langsung
Semua itu
mendatangkan keseronokan.
Tapi sebelum tu.
Niat.
Lillahi taala.
- Ustaz Azuhan
Salam Ramadan
Alhamdulillah
Ramadan kini kunjung tiba.
Moga Allah SWT tetapkan hati
Untuk ikhlas dalam beribadah
dan beramal kepadaNya.
Moga segala amalan diterima
Moga diampunkan segala dosa
Aminn.
#katahati3
Nak orang suka kan kita?
Tak susah mana pun.
Cukup sekadar cantik budi bicara
Cantik perilaku
Cantik akhlak
Sebab semua tu satu pakej
Yang datang dari cantiknya hati (:
#katahati2
Bila mana kita diuji dengan sedikit kegagalan
Kita mudah rasa fed-up
Kita mudah rasa lemah
Bagaikan kita dah sampai ke penghujungnya
Cuba letakkan diri kita dengan orang lain
Semua orang pernah menghadapi kegagalan kesusahan
Tapi mereka tak pernah jatuh tersungkur terus
Sedikit sedikit mereka ambik masa untk bangkit semula
Sebab mereka tahu kegagalan yang dulunya mereka rasa
Adalah satu pengajaran satu kasih sayang dari Allah SWT
Saturday, 4 June 2016
#katahati1
hati ingin berubah
tapi sering kali dibolak balikkan dengan nafsu
nafsu pula jenis yang mengajak ke arah mazmumah
takut kalau tak dipegang teguh hatinya jadi parah
moga moga ditetapkan hati kepadaNya
untuk selalu beringat
untuk selalu mengejar kebaikan.
Labels:
#inspirasi,
#katakatamotivasi,
#lifequote,
#quotes
Posted by
Unknown
at
June 04, 2016
No comments
#inspirasi1
kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Allah datangkan kilat dan petir,
sampai kita berfikir mana perginya sinar,
rupa-rupanya Allah nak beri kita kejutan
dengan hadirnya pelangi.
- Semanis Kurma, TV9
Labels:
#inspirasi,
#katakatamotivasi,
#lifequote,
#quotes
Posted by
Unknown
at
June 04, 2016
No comments
Assalamualaikum
Assalamualaikum.
CONTINUE READING
Alhamdulillah.
diberi kesempatan untuk menulis lagi.
diberi kesempatan untuk menulis lagi.
dulu menulis cuma tentang perasaan.
tentang perkara yang tak matang.
kadang berlebih-lebihan.
sekarang ni bila wani pikir balik
apa lah yang wani tulis dulu
apa ad bagi manfaat ke kat orang lain.
tentang perkara yang tak matang.
kadang berlebih-lebihan.
sekarang ni bila wani pikir balik
apa lah yang wani tulis dulu
apa ad bagi manfaat ke kat orang lain.
tapi kini wani nak cuba menulis dari kata hati wani sendiri.
dan kalau boleh matlamat wani nak bagi penulisan wani
jadi terkesan dekat hati orang yang membaca.
insya-Allah. wani nak cuba.
(:
p/s: dulu berangan nak jadi pengarang novel,
pernah mengarang cerpen untuk majalah sekolah
tapi bila tak publish dalam majalah tu paham paham la. hee
dan kalau boleh matlamat wani nak bagi penulisan wani
jadi terkesan dekat hati orang yang membaca.
insya-Allah. wani nak cuba.
(:
p/s: dulu berangan nak jadi pengarang novel,
pernah mengarang cerpen untuk majalah sekolah
tapi bila tak publish dalam majalah tu paham paham la. hee